Islamic Widget

Sunday, August 7, 2011

Kelebihan Umat Muhammad SAW



Hadis riwayat Abu Hurairah RA, bahawa Allah SWT telah memberikan beberapa nikmat yang khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadhan yang tidak dikurniakan kepada umat-umat sebelum kedatangan Rasulullah SAW iaitu:

1. Pada malam pertama Ramadhan, Allah SWT telah menilik wajah-wajah orang yg berpuasa.

2. Bau mulut orang yg berpuasa disisi Allah SWT adalah lebih wangi dari bau kasturi.

(keterangan: Kelebihan ini diberikan oleh Allah dgn syarat seseorang itu menggunakan mulutnya untuk perkara kebaikan dan mengelak dari bertutur perkara-perkara lagha dan dosa. Jika tiada perkara yg baik untuk diucapkan maka diam itu lebih baik. )

3. Orang yg berpuasa akan didoakan untuknya keampunan oleh para Malaikat dari permulaan dia berpuasa hinggalah ia berbuka.

(keterangan: Para Malaikat adalah makhluk yg cukup dekat dgn Allah SWT, tidak pernah melakukan dosa, tidak pernah melanggar perintah Allah dan pekerjaannya sehari-hari adalah bertasbih kepada Allah maka sudah pastilah doa mereka adalah doa yg makbul disisi Allah.)

4. Pada bulan Ramadhan, semua iblis dan syaitan dirantai dan dikurung oleh Allah.

(keterangan: maka segala dosa atau maksiat yg dilakukan pada bulan ini adalah terletak dibahu pembuat dosa sepenuhnya. Ramadhan akan menjadi cermin yg cukup jelas dimana letaknya keimanan dan ketakwaan kita.)

5. Pada bulan ini, Allah SWT mengarahkan syurga dihias secantik-cantiknya untuk orang-orang yang berpuasa.

(keterangan: Allah telah menyediakan sebuah pintu khas untuk orang yg berpuasa bernama 'Rayyan'. Oleh itu tahulah kita bahawa martabat orang yang berpuasa itu amatlah tinggi disisi Allah SWT.)

6. Pada malam terakhir Ramadhan, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa orang yg berpuasa kecuali dosa-dosa sesama manusia.

(keterangan: Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, 'Adakah malam terakhir itu adalah malam Lailatul Qadar?'. Rasulullah menjawab, 'Tidak, kerana sesungguhnya Lailatul Qadar itu mempunyai ganjaran yg berbeza dgn malam ini'. Maka, ketahuilah oleh kita betapa pemurahnya Allah kpd hamba-hambanya.)

Wallahua'lam...


No comments:

Post a Comment