Islamic Widget

Wednesday, July 27, 2011

Kemenangan Islam di Bulan Ramadhan

1. Pembukaan semula kota Mekah (Fathu Mekah)

Berlaku pada 10 Ramadhan 630M (8H). Nabi Muhammad SAW beserta 10,000 tentera telah berjaya menawan Kota Mekah tanpa pertumpahan darah. Sejurus penawanan, seluruh berhala di sekeliling kaabah dimusnahkan dan Nabi mengampunkan seluruh penduduk Mekah.

2. Perang Badar Al-Kubra

Berlaku pada 4 Ramadhan 624M (2H). Peperangan ini melibatkan 313 orang tentera Islam yg telah berjaya mengalahkan hampir 1000 org tentera Quraish. Perang ini telah membuka mata penduduk Tanah Arab kepada Kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad SAW. Tentera-tentera Islam yg menyertai peperangan ini digelar Ahli Badr.

3. Peperangan Ain Jalut

Berlaku pada 15 Ramadhan 1260M. Melibatkan tentera Islam pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (pemerintah Empayar Mamluk) dgn tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan. Tentera Islam berjaya mngalahkan mongol tetapi Sultan Al-Qutuz telah syahid.

4. Penawanan Andalusia

Pada 27 Ramadhan 1187M. Tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ay
yubi telah berjaya mengalahkan tentera salib dibawah gabungan Guy dari Lusignan, Raja-raja negeri Salib, Raymond III dari Tripoli dan berjaya menawan Reynald de Chatillon yg kemudiannya dihukum pancung kerana kesalahannya membunuh umat Islam. Selepas perang Hattin pada Oktober 1187M, Kota Jerusalem yg dikuasai kristian selama 88tahun berjaya dirampas kembali. Salahuddin wafat pada Mac 1193 dgn hanya 5 dinar dlm simpanannya krn hartanya dihabiskan utk org2 miskin.
5. Peperangan Zallaqa (Sepanyol)

Berlaku pada 20 Ramadhan 1086M. Peperangan melibatkan tentera Islam pimpinan Yusuf ibn Tasyfin (Pemerintah Dinasti Murabitun,Maroko, Afrika Utara) dgn tentera Alfonso VI dari kerajaan Castille dan Leon. Kedua pasukan bertemu di sebuah tempat bernama Zallaqa. Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera2 Alfonso VI.

6. Peperangan Bar Lev
tembok Bar Lev
Berlaku pada 10 Ramadhan 1973M. Bar Lev ialah tembok kebal tentera Israel yg terletak di semenanjung Sinai. Israel telah berhasil merampas kawasan tersebut semasa perang pada tahun 1967. Tembok Bar Lev dibangga2kan Israel sebagai tembok terkuat dan kebal pada masa itu. Serangan kilat tentera Mesir telah berjaya meruntuhkan tembok tersebut mngakibat kucar-kacir dalam tentera Israel. Hal ini sekaligus memberi penghinaan yg cukup besar kepada Israel sbg bangsa yg dilaknat Allah. Kekuatan tentera pada ketika itu hampir membawa kemenangan besar buat tentera Islam dgn penawanan Tel Aviv (ibunegara haram Israel) namun kerana kewujudan panglima2 perang Mesir yg khianat telah memanggil balik tentera2 Mesir. Semasa proses pengunduran itu tentera Israel (laknatullah) telah menghantar pasukan kapal terbang pengebom yg mengakibatkan ramai tentera Mesir yg syahid.

Apakah yg mampu kita banggakan dgn umat Islam kini??
Bangkitlah wahai muslimin dan muslimat,
Mari kita kembalikan kegemilangan Islam seperti suatu wktu dulu..
Allahuakbar!!!!

Tuesday, July 26, 2011

Jika Rasulullah menziarahi kita..











Aku terfikir....

Jika Nabi Muhammad datang menziarahimu,

Untuk sehari dua cuma,

Jika baginda datang tanpa diduga,

Aku terfikir apakah yg akan kau lakukan?

Oh, aku tahu.. kau akan mmberi

nya bilik yg terbaik dirumahmu,

Untuk seorang tetamu yg cukup disegani,

Dan kau akan melayannya sebaik mungkin.

Kau kan cuba menjadi yg terbaik,

Kerna kau gembira baginda ada disana,

Kerna kau brkhidmat untuknya di rumahmu

Kan menjadi kegembiraan yg tiada taranya.

Tapi... bila kau lihat baginda datang,

Adakah kau akan mnjemputnya di pintu

Dengan mnghulurkan tangan tanda selamat datang,

Pada tetamumu?

Atau.. adakah kau akan menukar dahulu pakaianmu

Sebelum kau benarkan baginda masuk?

Atau sembunyikan dulu majalah2 dan gantikan

Al-Quran disitu?












Adakah kau masih akan menonton filem itu,

Atau set televisyenmu?

Atau kau akan menutupnya,

Sebelum baginda merasa terkilan.

Adakah kau akan tutup radiomu,

Dan berharap baginda tidak mndengarnya?

Dan harap kau tak ucapkan

perkataan akhirmu yg tak sedap didengar?

Adakah kau akan sembunyikan muzik keduniaanmu,

Dan menggantikannya dgn buku2 Hadis?

Bolehkah kau biarkan baginda terus masuk,

Atau kau akan tergesa-gesa utk itu?

Dan aku terfikir.. jika Rasulullah (SAW) meluangkan,

sehari dua bersamamu,

Adakah kau akan kembali melakukan apa yg kau selalu buat?

Adakah kau akan kembali mengatakan apa yg selalu kau ucapkan?

Adakah hidupmu akan diteruskan

Sepertimana selalu kau lakukan?

Adakah perbualan keluargamu ,

Akan berlaku seperti adanya?

Adakah kau akan merasa sukar,

Untuk berdoa setiap kali wktu makan?

Adakah kau akan menjaga setiap waktu solat?

Tanpa adanya wajah yg masam kerna terpaksa?

Adakah kau akan sentiasa bangun awal,

Untuk menyempurnakan subuhmu?

Adakah kau akan menyanyikan lagu yg selalu kau alunkan?

Dan membaca buku2 yg selalu kau baca?

Dan biarkan baginda tahu apa yg kau suapkan,

Untuk mnjadi santapan rohanimu?

Adakah akan kau bawa baginda bersama,

Kemana saja kau pergi?

Atau, adakah kau kan ubah rancanganmu,

Untuk sehari dua itu?

Adakah kau kan gembira utk mmpertemukan

Sahabat2mu yg paling rapat?

Atau, kau harapkan mereka tidak dtg,

Hingga ziarah baginda berakhir?

Adakah kau gembira mmbenarkan baginda tggl bersama,

Selamanya?

Atau kau akan berasa lega,

Bila baginda sudah pergi akhirnya?

Pasti menarik utk mengetahui,

Apa yg akan kau lakukan.

Jika Nabi Muhammad SAW datang,

Untuk mnghabiskan sedikit masanya dgnmu.









Diterjemah dari:

http://www.islamiczone.netfirms.com