Islamic Widget

Sunday, August 14, 2011

Fadhilat Terawih


1.Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang beriman sebagaimana keadaanya baru dilahirkan.

2.Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang beriman yg mengerjakan terawih, serta dosa kedua ibubapanya.

3.Malam Ke-3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yg mengerjakan solat Terawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4.Malam Ke-4
Orang-orang yang mengerjakan terawih akan memperoleh pahala sebagaimana pahala yg diperolehi oleh orang-orang yg membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5.Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala orang-orang yg mengerjakan di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6.Malam Ke-6
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yg mengerjakan Terawih pada malam ini.

7.Malam Ke-7
Seolah-olah ia bertemu Nabi Musa A.S. serta menolong nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hammam.

8.Malam Ke-8
Allah SWT mengurniakan pahala orang yg bersolat terawih sebagaimana pahala yg dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

9.Malam Ke-9
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan menaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

10.Malam Ke-10
Allah mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11.Malam Ke-11
Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih sebagaimana baru dilahirkan.

12.Malam Ke-12
Ia dibangkitkan pada hari Kiamat dgn muka yg bercahaya.

13.Malam Ke-13
Ia datang pada hari Kiamat dalam keadaan sentosa dan aman dari segala kejahatan dan keburukan.

14.Malam Ke-14
Malaikat-malaikat dtg menyaksikan mereka bertarawih dan Allah tidak akan menyesatkan mereka.

15.Malam Ke-15
Semua malaikat yg memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan memohon ampun untuk mereka.


16.Malam Ke-16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan yg terlepas dari neraka dan dimasukkan ke syurga.

17.Malam Ke-17
Allah SWT menulis baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

18.Malam Ke-18
Malaikat akan mnyeru: Wahai hamba sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dgn kedua ibubapamu (yang masih hidup atau yg sudah mati).

19.Malam Ke-19
Allah SWT meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20.Malam Ke-20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yg mati syahid dan orang-orang soleh.

21.Malam Ke-21
Allah SWT membina untuknya sebuah mahligai di syurga yg dibuat dr cahaya.

22.Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23.Malam Ke-23
Allah SWT membina untuknya sebuah bandar di Syurga daripada cahaya.

24.Malam Ke-24
Allah SWT membuka peluang untuk 20 tahun ibadat bg orang yg mengerjakan terawih pada malam ini.

25.Malam Ke-25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

26.Malam Ke-26
Allah SWT mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi orang-orang yg bersolat terawih pada malam ini.

27.Malam Ke-27
Allah SWT mengurniakan kepadanya kemudahan melintasi titian Sirat sepantas kilat.

28.Malam Ke-28
Allah SWT menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29.Malam Ke-29
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala seribu haji mabrur.

30.Malam Ke-30
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yg berterawih pada malam terakhir dgn firman-Nya (yang bermaksud):  Wahai hambaKu!, makanlah segala jenis buah-buahan yg engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yg bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yg dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yg bernama Al-Kautsar.



Ayuh, sahabat kita kejar ganjaran dan pahala yg dijanjikan Allah SWT ketika waktu masih bersisa.. Kerana mungkin Ramadhan ini ialah Ramadhan terakhir kita..


My Great Web page






Sunday, August 7, 2011

Kelebihan Umat Muhammad SAW



Hadis riwayat Abu Hurairah RA, bahawa Allah SWT telah memberikan beberapa nikmat yang khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadhan yang tidak dikurniakan kepada umat-umat sebelum kedatangan Rasulullah SAW iaitu:

1. Pada malam pertama Ramadhan, Allah SWT telah menilik wajah-wajah orang yg berpuasa.

2. Bau mulut orang yg berpuasa disisi Allah SWT adalah lebih wangi dari bau kasturi.

(keterangan: Kelebihan ini diberikan oleh Allah dgn syarat seseorang itu menggunakan mulutnya untuk perkara kebaikan dan mengelak dari bertutur perkara-perkara lagha dan dosa. Jika tiada perkara yg baik untuk diucapkan maka diam itu lebih baik. )

3. Orang yg berpuasa akan didoakan untuknya keampunan oleh para Malaikat dari permulaan dia berpuasa hinggalah ia berbuka.

(keterangan: Para Malaikat adalah makhluk yg cukup dekat dgn Allah SWT, tidak pernah melakukan dosa, tidak pernah melanggar perintah Allah dan pekerjaannya sehari-hari adalah bertasbih kepada Allah maka sudah pastilah doa mereka adalah doa yg makbul disisi Allah.)

4. Pada bulan Ramadhan, semua iblis dan syaitan dirantai dan dikurung oleh Allah.

(keterangan: maka segala dosa atau maksiat yg dilakukan pada bulan ini adalah terletak dibahu pembuat dosa sepenuhnya. Ramadhan akan menjadi cermin yg cukup jelas dimana letaknya keimanan dan ketakwaan kita.)

5. Pada bulan ini, Allah SWT mengarahkan syurga dihias secantik-cantiknya untuk orang-orang yang berpuasa.

(keterangan: Allah telah menyediakan sebuah pintu khas untuk orang yg berpuasa bernama 'Rayyan'. Oleh itu tahulah kita bahawa martabat orang yang berpuasa itu amatlah tinggi disisi Allah SWT.)

6. Pada malam terakhir Ramadhan, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa orang yg berpuasa kecuali dosa-dosa sesama manusia.

(keterangan: Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, 'Adakah malam terakhir itu adalah malam Lailatul Qadar?'. Rasulullah menjawab, 'Tidak, kerana sesungguhnya Lailatul Qadar itu mempunyai ganjaran yg berbeza dgn malam ini'. Maka, ketahuilah oleh kita betapa pemurahnya Allah kpd hamba-hambanya.)

Wallahua'lam...


Thursday, August 4, 2011

7 Golongan yg dilindungi Arasy di Padang Mahsyar

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud : "Sebilangan manusia yg dilindungi oleh Allah dibawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yg tiada naungan padanya selain naungan Allah." Kumpulan manusia itu antaranya;

1. Pemerintah yg Adil.

2. Pemuda yg istiqamah dalam dlm ibadahnya ketika hidupnya.

3. Orang2 yg terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yg berkasih kerana Allah dimana berkumpul dan berpisahny
a ikhlas kerana Allah.

5. Orang yg dipujuk oleh perempuan yg kaya dan cantik untuk bersatu dengannya lalu dia menolak dengan berkata , 'Aku takut kepada Allah.'


6. Orang yg bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yg diberi oleh tangan kanannya.


7. Orang yg menyebut dan mengingati Allah tanpa diingat olehnya oleh perkara lain. Lalu menitis airmatanya kerana takutkan Allah.

(Hadis riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah)


1. Hak sebagai pemerintah adalah antara amanah yg paling berat yg dikurniakan oleh Allah kepada hambanya. Sehinggakan ada riwayat yg menyatakan bahawa gunung-ganang dan bukit-bukau pun tidak sanggup untuk menerimanya kerana takut tidak mampu menanggungnya. Lalu diserahkan amanah sebagai khalifah kepada manusia. Barangsiapa yg mampu menahan nafsunya dan tinggi ketakwaannya kepada Allah dalam melaksanakan Amanah ini maka amatlah patut untuknya mendapat lindungan Allah di padang mahsyar.

2. Zaman remaja adalah suatu waktu 'keemasan' yg mana ramai manusia sedang sibuk mengejar cita-cita dan impian mereka iaitu ketika mana tubuh badan mereka kuat, sihat dan sempurna segala pancainderanya. Maka, beruntunglah sesiapa yg mampu untuk beristiqamah menjaga hubungannya dengan Allah disaat manusia lain sibuk mengejar dunia. Kerana tidak ramai yg cukup yakin dgn janji Allah bahawa sesiapa yg mengejar akhirat maka dunia akan melutut dikakinya. Kini, amat sukar untuk mencari seorang pemuda yg hidupnya diabdikan untuk beribadah kepada Allah maka beruntunglah mereka2 yg tergolong dlm golongan ini.

3. Sesungguhnya Allah menjanjikan pahala yg besar hatta ketika melangkah menuju masjid. Maka sudah pastilah orang2 yg berterusan mengimarahkan masjid itu lebih-lebih lagi ganjarannya.

4. Suatu hubungan yg dijalin hanya untuk mendapat keredhaan Allah, dan bercambah pula diatas benih keimanan dan ketakwaan pasti akan mendapat ganjaran yg setimpal di akhirat kelak. Namun, berlainan pula hubungan yg terbina atas godaan nafsu semata2, bercambah di atas benih zina dan pergaulan bebas pastinya akan bertemu azab Allah diakhirat.

5. Seorang yg mampu menahan gejolak nafsu dan syahwatnya ketika berhadapan saat2 getir digoda dan dipujuk rayu oleh seorang wanita kerana takutnya kepada azab Allah adalah orang yg cukup tinggi ketakwaannya. Kerana nafsu itu sifatnya cukup degil hinggakan terdapat dalam riwayat yg menyatakan bahawa nafsu ini pernah dicelup dan dikurung berulang kali kedalam neraka hanya kerana kedegilannya mengakui keagungan Allah. Maka, beruntunglah juga sesiapa yg mampu menundukkan nafsunya kerana takutnya kpd Allah.

6. Ikhlas itu diibaratkan oleh sarjana-sarjana Islam seperti seekor semut hitam, diatas batu hitam dimalam yg gelap gelita. Hari ini kita melihat ramai manusia yg bersedekah bukan kerana Allah lalu sedekah itu ditayangkan di seluruh saluran televisyen dgn cek yg bersaiz cukup besar hingga seorang tua yg rabun matanya pun mampu melihat nilainya dari jarak yg cukup jauh. Maka hilanglah sudah keikhlasan dalam pemberian itu kerana pemberiannya semata2 untuk mendapat pujian dari manusia. Seorang manusia yg ikhlas hatinya bersedekah dgn hanya bersaksikan Tuhannya sehingga tangan disebelahnya pun tidak tahu apa yg diberi oleh tgn yg satu lagi.


7. Orang-orang yg bangun 1/3 malam adalah kebanggaan Allah sehingga Allah berfirman kepada malaikat2Nya, 'Lihatlah hambaku itu yg bangn pada ketika manusia lain sedang tidur semata2 untuk mengingatiKU.' Seorang yg menitis airmatanya kerana takutkan Allah maka diharamkan neraka baginya.


Wallahua'lam...