Islamic Widget

Wednesday, July 27, 2011

Kemenangan Islam di Bulan Ramadhan

1. Pembukaan semula kota Mekah (Fathu Mekah)

Berlaku pada 10 Ramadhan 630M (8H). Nabi Muhammad SAW beserta 10,000 tentera telah berjaya menawan Kota Mekah tanpa pertumpahan darah. Sejurus penawanan, seluruh berhala di sekeliling kaabah dimusnahkan dan Nabi mengampunkan seluruh penduduk Mekah.

2. Perang Badar Al-Kubra

Berlaku pada 4 Ramadhan 624M (2H). Peperangan ini melibatkan 313 orang tentera Islam yg telah berjaya mengalahkan hampir 1000 org tentera Quraish. Perang ini telah membuka mata penduduk Tanah Arab kepada Kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad SAW. Tentera-tentera Islam yg menyertai peperangan ini digelar Ahli Badr.

3. Peperangan Ain Jalut

Berlaku pada 15 Ramadhan 1260M. Melibatkan tentera Islam pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (pemerintah Empayar Mamluk) dgn tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan. Tentera Islam berjaya mngalahkan mongol tetapi Sultan Al-Qutuz telah syahid.

4. Penawanan Andalusia

Pada 27 Ramadhan 1187M. Tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ay
yubi telah berjaya mengalahkan tentera salib dibawah gabungan Guy dari Lusignan, Raja-raja negeri Salib, Raymond III dari Tripoli dan berjaya menawan Reynald de Chatillon yg kemudiannya dihukum pancung kerana kesalahannya membunuh umat Islam. Selepas perang Hattin pada Oktober 1187M, Kota Jerusalem yg dikuasai kristian selama 88tahun berjaya dirampas kembali. Salahuddin wafat pada Mac 1193 dgn hanya 5 dinar dlm simpanannya krn hartanya dihabiskan utk org2 miskin.
5. Peperangan Zallaqa (Sepanyol)

Berlaku pada 20 Ramadhan 1086M. Peperangan melibatkan tentera Islam pimpinan Yusuf ibn Tasyfin (Pemerintah Dinasti Murabitun,Maroko, Afrika Utara) dgn tentera Alfonso VI dari kerajaan Castille dan Leon. Kedua pasukan bertemu di sebuah tempat bernama Zallaqa. Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera2 Alfonso VI.

6. Peperangan Bar Lev
tembok Bar Lev
Berlaku pada 10 Ramadhan 1973M. Bar Lev ialah tembok kebal tentera Israel yg terletak di semenanjung Sinai. Israel telah berhasil merampas kawasan tersebut semasa perang pada tahun 1967. Tembok Bar Lev dibangga2kan Israel sebagai tembok terkuat dan kebal pada masa itu. Serangan kilat tentera Mesir telah berjaya meruntuhkan tembok tersebut mngakibat kucar-kacir dalam tentera Israel. Hal ini sekaligus memberi penghinaan yg cukup besar kepada Israel sbg bangsa yg dilaknat Allah. Kekuatan tentera pada ketika itu hampir membawa kemenangan besar buat tentera Islam dgn penawanan Tel Aviv (ibunegara haram Israel) namun kerana kewujudan panglima2 perang Mesir yg khianat telah memanggil balik tentera2 Mesir. Semasa proses pengunduran itu tentera Israel (laknatullah) telah menghantar pasukan kapal terbang pengebom yg mengakibatkan ramai tentera Mesir yg syahid.

Apakah yg mampu kita banggakan dgn umat Islam kini??
Bangkitlah wahai muslimin dan muslimat,
Mari kita kembalikan kegemilangan Islam seperti suatu wktu dulu..
Allahuakbar!!!!

No comments:

Post a Comment