Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dibersihkan,
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan,
Dengan kain kafan serba putih,
Pada waktu itu tak guna lagi berseri.
Walau orang hadir itu merintih,
Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai,
Lalu dilaksanakan solat jenazah,
Dengan 4 takbir dan satu salam,
Beserta fatihah, selawat dan doa,
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah,
Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu
dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan seumur hidup,
Apakah solat tanpa rukuk dan sujud itu
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu
yang telah luput
sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu
Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat.
Usunglah dirimu untuk solat
sebelum engkau diusung ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan ulat
Dirimu kemasjid
tangisilah dosa-dosamu didunia
kerana tangisan tidak berguna di alam barzakh
sucilah dirimu sebelum kamu disucikan
sedarlah dirimu dengan panggilan Izrail
yang menakutkan
yang menakutkan
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ia berguna untuk yang tinggal
dan bukan yang mati
beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan,
namun ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan
ingatlah dimana jua kau berada
kau tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruannya
Sebelum dia memanggil buat kali terakhir
Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air
yang tidak bererti
lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging
lalu daging itu membentuk tulang-tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
yang kalau jatuh ketanah
ayam tak patuk itik tak sudu
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
yang lebih agung dari malaikat
lahirmu bukan untuk dunia
tapi mulakanlah untuk melayar bahtera akhirat
sambutlah seruan haiya ala solah
dengan penuh rela dan bersedia
sahutlah seruan haiya ala falah
jalan kemenangan akhirat dan dunia
ingatlah yang kekal ialah amal
menjadi bekal sepanjang jalan
menjadi teman diperjalanan
untuk kembali kepangkuan Tuhan
Pada hari itu
tiada berguna harta, takhta, dan putra
isteri, kad kredit dan kereta
kondominium, saham dan niaga
kalau dahi tidak mencecah sejadah didunia
kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi
tidak pernah tua untuk bertaubat
salam ziarah..khalid..entry yg menyedarkan..jemput lar kunjung ke blog guwe..hehheh..
ReplyDeletewww.pelajarkacamata.blogsport.com